Friday, May 8, 2009

Praktikal dah habis..


Hari Ini,(8/5/09) tamatlah latihan praktikal aku kat Majlis Perbandaran Muar(MPM) di Jabatan Perancangan dan Bangunan, Selama 4 bulan aku praktikal di MPM,aku telah memilih di bahagian Perancangan,di bahagian perancangan bandar,aku ditugaskan untuk menyediakan surat permohonan kebenaran merancang bagi tujuan perumahan dan perdagangan,menyediakan surat permohonan kebenaran merancang bagi bayaran proses kepada jurukur,menyediakan surat permohonan kebenaran merancang kepada jurukur dan sebagainya.Selain itu,aku menghadiri aktiviti tertentu seperti menghadiri perhimpunan bulanan MPM pada setiap bulan di Dewan Jubli Intan,Muar,menghadiri Budaya Al-Quran (Mengaji)pada setiap hari Jumaat di Dewan Mesyuarat.Sepanjang aku praktikal di MPM,staff selalu belanja makan setiap kali diajak makan bersama samada sarapan atau makan petang,staff di sini baik-baik berlaka,aku telah memilih tempat prakikal di MPM kerana bapa saudara bekerja di MPM,di samping itu,aku telah mengetahui peraturan di MPM seperti kod pemakaian seperti hari Isnin hingga Rabu =pakaian formal,Hari Khamis = Pakaian batik,dan Hari Jumaat =Pakaian baju Melayu,
Walaupun masa praktikal terlalu pendek,4 bulan saje..(19/1/09 hingga 10/5/09),namun terasa berat hati dan bersedih kerana untuk meninggalkan Jabatan Perancangan dan Bangunan, terlalu rapat dengan staff-staff,Sebelum habis praktikal,aku telah memberi hadiah kepada sebahagian staff sebagai kenangan,Sekian..

Tinggal Kenangan MPM (19/1/09 hingga 10/5/09)

No comments: