Tuesday, May 26, 2009

Tinggal 1 subjek lagi belum lepas...

Pada 23/5/09 iaitu Hari Sabtu yg lalu,aku ambik referral exam dalam final exam yg bermula pada 18/5/09 (Isnin) hingga 24/5/09(Ahad) buat kali ketiga bagi subjek System Design.Subjek System Design ini aku ambik pada Sem 7,apabila keputusan final exam keluar,aku dpt keputusan NC,terpaksalah ambik referral exam dgn bayar RM 50 pada admin.Selang beberapa minggu,aku tanyalah kat admin,keputusan dah keluar ke belum? Dia cakap dah keluar result,dpt NC jugak,admin cakap boleh diberi peluang sekali lagi ambik referral exam dgn syarat buat surat memohon untuk menduduki semula peperiksaan ulangan serta bayar RM 50 utk referral exam ,aku mengelak daripada ambik kelas repeat dgn cara buat surat rayuan ambik referral exam,kalau kelas repeat,terpaksalah bayar RM 600 atau RM 700.Sekali lagi,keputusan exam agak mengecewakan bagi aku,keputusan dpt NC jugak,aku terpaksalah bayar RM 50 dan buat surat rayuan ambik referral exam.Berikut adalah susunan yg aku ambik final exam hinggalah referral exam - Final Exam (Jun 2008),Referral Exam (Jun 2008),Referral Exam dlm Final Exam (September 2008) dan terakhir,Referral Exam dlm Final Exam (Mei 2009),aku berharap subjek ini akan LULUS dan janganlah kena kelas repeat lagi,aku juga berdoa serta berserah kpd Allah atas segala usaha yg telah aku lakukan selama ini akan membuahkan hasil,kawan-kawan aku semua dah lepas subjek nie,tinggal aku seorang jer..dan sekali aku berharap subjek ini akan LULUS ,Insya Allah..

Sunday, May 24, 2009

Lagu Wonderpets



aku memang minat lagu wonderpets ini..Apa yang penting "Kerjasama"

Filem Syurga Cinta




SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah

Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu..


Hari Ini (10/5/09),Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia,Hari yang memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita ke dunia ini,tanpa ibu,tiadalah kita di dunia,Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan hari Ibu terutamanya ibu saya yg saya panggil "Mak" yg bernama Siti Fatimah binti Sudi,49 tahun yg telah membesarkan kami 5 org adik-beradik tanpa mengenal rasa penat dlm membesarkan,membimbing dan mengasuh kami,Terima Kasih Ibu..Pengorbananmu dan jasamu tidak dpt dilupakan,"Kasih Ibu membawa ke syurga"

Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.

Friday, May 8, 2009

Praktikal dah habis..


Hari Ini,(8/5/09) tamatlah latihan praktikal aku kat Majlis Perbandaran Muar(MPM) di Jabatan Perancangan dan Bangunan, Selama 4 bulan aku praktikal di MPM,aku telah memilih di bahagian Perancangan,di bahagian perancangan bandar,aku ditugaskan untuk menyediakan surat permohonan kebenaran merancang bagi tujuan perumahan dan perdagangan,menyediakan surat permohonan kebenaran merancang bagi bayaran proses kepada jurukur,menyediakan surat permohonan kebenaran merancang kepada jurukur dan sebagainya.Selain itu,aku menghadiri aktiviti tertentu seperti menghadiri perhimpunan bulanan MPM pada setiap bulan di Dewan Jubli Intan,Muar,menghadiri Budaya Al-Quran (Mengaji)pada setiap hari Jumaat di Dewan Mesyuarat.Sepanjang aku praktikal di MPM,staff selalu belanja makan setiap kali diajak makan bersama samada sarapan atau makan petang,staff di sini baik-baik berlaka,aku telah memilih tempat prakikal di MPM kerana bapa saudara bekerja di MPM,di samping itu,aku telah mengetahui peraturan di MPM seperti kod pemakaian seperti hari Isnin hingga Rabu =pakaian formal,Hari Khamis = Pakaian batik,dan Hari Jumaat =Pakaian baju Melayu,
Walaupun masa praktikal terlalu pendek,4 bulan saje..(19/1/09 hingga 10/5/09),namun terasa berat hati dan bersedih kerana untuk meninggalkan Jabatan Perancangan dan Bangunan, terlalu rapat dengan staff-staff,Sebelum habis praktikal,aku telah memberi hadiah kepada sebahagian staff sebagai kenangan,Sekian..

Tinggal Kenangan MPM (19/1/09 hingga 10/5/09)