Friday, January 9, 2009

Present Projek Web

Subjek web Programming,ialah subjek baru yg diperkenalkan oleh Cosmopoint,muar pd tahun 2008 yg lepas,aku ambik subjek ini pada Sem 6 yg lepas lagi..masa tu lecturer yg mengajar aku ialah En zaki.Subjek ini tidak masuk dlm exam,cuma buat projek jer..dan subjek ini dijadikan subjek projek,Pada sem 6 nie..aku buat projek mengenai Syarikat Produk Komputer,dan aku buat borang tempahan produk bagi membolehkan pengguna mengisi maklumat tempahan produk komputer,dan menggunakan datagrid yg ada edit,delete dan update bagi menyimpan maklumat tempahan produk komputer yg diisi oleh pengguna,Hari yg ditunggu-tunggu telahpun tiba,iaitu hari present,untuk present projek web dihadapan lecturer IT bagi menilai present aku,pada page borang tempahan produk,ada masalah sedikit tentang simpan data di dalam datagrid,kerana maklumat tempahan produk yg diisi oleh pengguna tidak boleh disimpan di dalam datagrid,dan disitulah aku gagal dalam simpan data dan seterusnya gagal dalam present,pada present pada kali kedua juga gagal,kerana masalah simpan data kat datagrid dan error,maka keputusannya aku kena kelas repeat pada Sem 8,utk kelas repeat aku kena bayar RM 600 utk ambik Web Programming,inilah pertama kali aku kena kelas repeat,Pada kelas repeat,aku bersama budak2 junior yg ambik subjek programming,utk kelas repeat nie,lecturer yg mengajar ialah Miss Norazlin,tidak sampai satu sem,Miss Norazlin telah meninggalkan utk mengajar subjek web programming,kerana telah mendapat surat tawaran untuk sambung belajar dan diganti pula Puan Norazlin,Pada kelas repeat ini,aku buat projek mengenai Sistem Tempahan Tiket Bas secara individu,hari present telahpun tiba,aku kena present di hadapan lecturer IT dan lecturer yg lain pd sebelah ptg jam 2.00 ptg,giliran aku pulak utk present,pada page tempahan tiket,setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket,maklumat itu tadi akan dipaparkan pada page paparan tempahan tiket,bentuk paparan tempahan tiket sama seperti pada tempahan tiket cuma yg listbox ditukar pada textbox pada page paparan tempahan tiket,paparan maklumat yg masuk pd page tempahan tiket ialah Nama,NoKadPengenalan,NoTel,emel dan Alamat sahaja..maklumat lain tidak masuk pada page paparan tempahan tiket,lepas tu ada masalah link,tidak boleh nak link pada page yg lain,lagi satu,tak ada proses pengiraan,maka keputusan aku gagal dlm present dan diberi peluang sekali lagi utk present semula pd 6/1/09(Selasa).
Pada 6/1/09(Selasa),hari yg ditunggu-tunggu telahpun tiba,iaitu hari utk aku present semula projek yg gagal pada kali yg pertama pada hari tu..Pada present kali ini,aku ada kesalahan sedikit tentang projek ni...iaitu Destinasi tak ada pada tempahan tiket,dan proses pengiraan pada page lain,sepatutnya Destinasi dan proses pengiraan digabungkan pada tempahan tiket bagi memudahkan pengguna membuat pilihan destinasi dan pengiraan setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket tiket,dan keputusannya aku gagal dlm present pada kali kedua nie..dan lecturer suruh pegi jumpa puan pengetua utk present semula projek,puan pengetua sahaja yg menentukan samada lulus atau kena referral (ulang),selang beberapa hari,aku pegi jumpa puan pengetua lepas final exam di pejabat admin,aku present kat depan puan pengetua,aku berasa gugup dan gementar apabila present di depan Puan pengetua,namun perasaan gementar dan gugup tadi dpt hilang dgn kuatkan semangat utk present,dia telah melihat kesemua sistem tempahan tiket bas yg telah aku betulkan semula mana yg silap,termasuk pada page tempahan tiket serta proses pengiraan,setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket,
maklumat tempahan tiket itu akan dipaparkan pada paparan tempahan tiket dan proses pengiraan akan keluar pada page paparan tempahan tiket apabila pengguna membuat pilihan pada destinasi dan pilihan bilangan penumpang dewasa dan bilangan penumpang kanak-kanak,dan paparan tempahan tiket boleh disimpan pada database,Masuk nie aku dah present 5 kali dah..dari Sem 6 lagi hinggalah kelas repeat,duit pun dah banyak guna utk subjek nie..Subjek ini memang susah sedikit kena ingat coding lagi,dan aku berharap keputusan present pada kali nie LULUS!!!,Sekian..