Tuesday, April 14, 2009

Nabil Bintang Paling Popular 2008


Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.
Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.
Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.
Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Anugerah yang diterima oleh Nabil
1.Anugerah Bintang Paling Popular,Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2008
2.Artis Baru Lelaki Popular
3.Artis Komedi Lelaki Popular
Tahinah !! Nabil..3 anugerah Dapat

Saturday, April 4, 2009

Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada 3 April 2009 menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri,Najib yang mengikut jejak bapanya Tun Abdul Razak yang pernah memegang jawatan yang sama sebagai Perdana Menteri antara tahun 1970 hingga 1976,Abdullah juga dianugerahkan gelaran Tun sebagai menghargai jasa dan sumbangan kepada negara selama 5 tahun sebagai Perdana Menteri.Sekarang Malaysia mempunyai 6 Perdana Menteri bermula dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970),Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976),Tun Hussein Onn (1976-1981),Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003),Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) dan Sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Tahniah !!! Najib..