Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu..


Hari Ini (10/5/09),Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia,Hari yang memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita ke dunia ini,tanpa ibu,tiadalah kita di dunia,Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan hari Ibu terutamanya ibu saya yg saya panggil "Mak" yg bernama Siti Fatimah binti Sudi,49 tahun yg telah membesarkan kami 5 org adik-beradik tanpa mengenal rasa penat dlm membesarkan,membimbing dan mengasuh kami,Terima Kasih Ibu..Pengorbananmu dan jasamu tidak dpt dilupakan,"Kasih Ibu membawa ke syurga"

Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.