Monday, February 16, 2009

Bapa Datuk Siti Nurhaliza meninggal dunia...

Bapa kepada penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, meninggal dunia akibat serangan jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis di Hospital Ampang Puteri, di sini jam 11.50 pagi, semalam.
Turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah ahli keluarga dan sanak-saudara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik, 57 dan enam anak.
Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Lipis, Pahang petang semalam selepas dimandikan dan disembahyangkan di kediaman milik menantunya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa di Bukit Antarabangsa.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tempoyang, Kuala Lipis selepas solat Maghrib.
Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada En Taruddin Ismail,Bapa kepada Datuk Siti Nurhaliza,semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya,Al-Fatihah...

Dalam Al-Quran yang bermaksud
"Setiap yang bernyawa,pasti akan merasai mati"