Thursday, October 30, 2008

Subjek-subjek yg pernah ambik sebelum nie..

Subjek-subjek yg pernah aku ambik sebelum nie kat Cosmopoint,Muar ialah:

Semester 1
1.Introduction to Computer and Application
2.PC Compentency
3.English Communication
Semester2
1.Business Organisation
2.Programming and Problem Solving Concept
3.Data Analysis and Database Design
4.Academic Reading and Writing 1
Semester 3
1.Fundamentals of Programming
2.Relational Database Management System
3.Networking Principles
4.Academic Reading and Writing 2
Semester 4
1.Object-Oriented Programming 1
2.Web Designing and Publishing
3.English For the Workplace
Semester 5
1.Entrepeneurship Studies
2.Object-Oriented Programming 2
3.Business Communication
4.Elementary Analysis (Mate)
Semester 6
1.Visual Programming
2.Business System Analysis
3.Web Programming
4.Business Mathematics
5.Islamic Studies
Semester 7
1.Information Services within Organization
2.Open Source Technology
3.System Design
4.Malaysian Studies
Sekarang -Semester 8 (kelas repeat)
1.Elementary Analysis
-gagal dlm peperiksaan referral (ulangan),dpt NC
2.Web Programming
-Subjek nie baru lagi dlm course IT
-2 kali gagal,dlm present project
-subjek nie,tak masuk dlm periksa,sama ada Mid Term exam dan Final exam,cuma buat
projek jer..

Wednesday, October 29, 2008

Lecturer IT dan Subjek berkaitan IT..

Antara Lecturer(pensyarah) IT yg mengajar kat Cosmopoint,Muar ialah:
1.En Mohd Zaki bin Mahmud
2.Pn Norazlin bt Hashim (Pn.Olin)
3.Pn Ronizam bt Ismail (Pn Zam)
4.Pn Rohaslinda bt Abdul Wahab (Pn.Linda)
5.Miss Norazlin bt Khalid (Miss Lin)
6.En Azmi
7.Pn Zakiah bt Boiran (Pn Zakiah)-kini,sambung belajar,peringkat master

Antara Subjek yang berkaitan IT ialah:
Subjek Programming
1.Programming and Problem Solving Concept
2.Fundamentals of Programming(Structured Programming)
3.Object-Oriented Programming 1 (Java)
4.Object-Oriented Programming 2 (C#)
5.Visual Programming (VB.Net)
6.Web Programming (ASP.net)
7.Open Source Technolgy(Php)

Subjek Programming,memang aku lemah dlm subjek ini,kena ingat coding ..pening kepala ambik subjek programming nie..

Subjek Database
-Pn Linda yg ajar subjek nie..
1.Data Analysis and Database Design
2.Relational Database Management System (SQL)

Subjek yg berkaitan ngan Sistem ialah:
1.Business System Analysis
2.Information Services within Organization
3.System Design

Sekarang nie(Sem 8),aku ambik Kelas repeat..Kalo tidak,Sem nie,dah ambik projek..habis nak buat macam mana,dah kena repeat kelas,berserah dan terima jer..

Sunday, October 26, 2008

Akhirnya Mawi kahwin dengan Ekin..



Setelah beberapa tahun menyulam kasih dan bercinta dengan Norashikin Rahmat atau(Ekin),akhirnya Asmawi Ani atau Mawi,juara AF musim ke-3 mengumumkan tarikh pernikahan mereka berdua pada 20 Disember 2008 setelah berahsia dengan pihak wartawan dan media tentang tarikh pernikahan mereka berdua..

Mawi yang mengikut jejak penyanyi,Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinan dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K.Mawi yang sebelum ini telah bertunang dengan negeri asalnya,Johor iaitu Nordiana Naim atau Ina Naim,setelah beberapa tahun bertunang,Mawi akhirnya putus tunang dengan Ina Naim.Mawi telah melalui peristiwa pahit dalam hidupnya,Secara kebetulan pula,Ekin adalah orang Johor jugak yg berasal dari Johor Bahru,Mawi yang juga anak Johor tinggal di tempat kelahirannya iaitu Felda Taib Andak,Kulai,Johor.

Mengumumkan perkara ini secara langsung menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses,Mawi berkata, majlis itu akan dimulai dengan upacara akad nikah di Masjid Johor Bahru pada sebelah pagi pada 20 Disember 2008.

Pada sebelah malam (20 Disember),majlis resepsi untuk keluarga sebelah Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Ia menonjolkan konsep moden kontemporari.

Pada 28 Disember, Ahad, majlis resepsi untuk keluarga sebelah Mawi pula akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak. Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses dalam tema Arabia

Selain itu, Mawi juga akan mengadakan konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF).

"Selamat Pengantin Baru" kepada Asmawi Ani dengan Norashikin Rahmat

Monday, October 13, 2008

Shah Rukh Khan dapat gelaran "Datuk"

Pada hari Sabtu yg lalu (11/10/08),Hari Jadi Yang Di Pertua Negeri Melaka,Bersempena Hari Jadi Keputeraan Yang Di Pertuan Negeri Melaka,Kerajaan negeri Melaka akan menganugerahkan gelaran "Datuk " kepada bintang bollywood terkenal Shah Rukh khan kerana sumbangannya dalam bidang seni serta memperkenalkan negeri Melaka ke peringkat antarabangsa melalui penggambaran filem beliau .jika anda tahu cerita nie.. daripada surat khabar lah..hari sabtu lepas..

Ada pihak berpendapat dan meluahkan rasa pelik dan hairan perlu mengetahui apakah asas dan kewajaran penganugerahaan Datuk kepada Shah Rukh Khan .Biasaannya setiap penganugerahan diberikan kepada individu yang banyak berjasa dan banyak menyumbang kepada pembangunan negara atau kepada tokoh-tokoh tertentu.

Ada pihak kata "Apa jasa Shah Rukh Khan kepada Malaysia dan negeri Melaka, kita nak tahu juga apa asasnya sehingga dia layak menerima anugerah tersebut"

Wajarkah Shah Rukh Khan di beri gelaran Datuk?...

Friday, October 10, 2008

Masa Cepat Berlalu...

Pejam celik,pejam celik,hari raya nak masuk pertengahan dalam bulan syawal..

Minggu hadapan pulak pelajar tingkatan 3 pulak akan menghadapi peperiksaan PMR bermula pada 13/10/08 hingga 17/10/08,dan pelajar sekolah rendah dan menengah akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bulan ini jugak..Dan melangkah bulan 11,pelajar tingkatan 5 pula akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 12/11/08 hingga 4/12/08,Semoga berjaya kepada pelajar-pelajar yg akan menghadapi peperiksaan yg penting nie..PMR dan SPM,yg akan menentukan masa depan anda..

Dan saya pulak akan menghadapi peperiksaan referral kerana gagal dlm final exam sem lepas (Sem 7) yg akan bermula pd 17/10/08 hingga 19/10/08,Nasib baiklah gagal 1 subjek iaitu subjek System Design..1 subjek yg gagal,kena bayar RM 50.00 pada admin untuk ambik periksa referral

Dan saya pula akan naik cuti sem setelah bercuti selama 2 minggu bermula 29/10/08 hingga 13/10/08...

masa cepat berlalu..Sekarang dah masuk bulan 10..tinggal 2 bulan lagi akan meninggalkan tahun 2008,Tahun 2009 akan menjelang..

Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog ini.Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara,rakan taulan ,untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita.Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.