Sunday, October 26, 2008

Akhirnya Mawi kahwin dengan Ekin..



Setelah beberapa tahun menyulam kasih dan bercinta dengan Norashikin Rahmat atau(Ekin),akhirnya Asmawi Ani atau Mawi,juara AF musim ke-3 mengumumkan tarikh pernikahan mereka berdua pada 20 Disember 2008 setelah berahsia dengan pihak wartawan dan media tentang tarikh pernikahan mereka berdua..

Mawi yang mengikut jejak penyanyi,Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinan dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K.Mawi yang sebelum ini telah bertunang dengan negeri asalnya,Johor iaitu Nordiana Naim atau Ina Naim,setelah beberapa tahun bertunang,Mawi akhirnya putus tunang dengan Ina Naim.Mawi telah melalui peristiwa pahit dalam hidupnya,Secara kebetulan pula,Ekin adalah orang Johor jugak yg berasal dari Johor Bahru,Mawi yang juga anak Johor tinggal di tempat kelahirannya iaitu Felda Taib Andak,Kulai,Johor.

Mengumumkan perkara ini secara langsung menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses,Mawi berkata, majlis itu akan dimulai dengan upacara akad nikah di Masjid Johor Bahru pada sebelah pagi pada 20 Disember 2008.

Pada sebelah malam (20 Disember),majlis resepsi untuk keluarga sebelah Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Ia menonjolkan konsep moden kontemporari.

Pada 28 Disember, Ahad, majlis resepsi untuk keluarga sebelah Mawi pula akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak. Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses dalam tema Arabia

Selain itu, Mawi juga akan mengadakan konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF).

"Selamat Pengantin Baru" kepada Asmawi Ani dengan Norashikin Rahmat