Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog ini.Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara,rakan taulan ,untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita.Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Sunday, September 14, 2008

Upin dan Ipin


Upin dan Ipin

Saya minat sangat cerita "Upin dan Ipin"ini , ceritanya memang kelakar dan lucu, ia mengisahkan tentang dua beradik yg kembar yg bersifat nakal dan mempunyai seorang opah yg menjaganya dan memelihara upin dan ipin sejak kecil lagi selepas kematian ibubapanya dan tinggal bersama kakaknya yg garang bernama Kak Ros

Saya telah menyimpan koleksi-koleksi cerita Upin dan Ipin sejak cerita ini ditayangkan oleh TV9 yg bermula ditayangkan pd setiap bulan Ramadhan tahun lepas lagi..Pd tahun nie (2008),Tajuk Cerita "Upin dan Ipin Setahun Kemudian" ..Upin dan Ipin sudah melangkah ke alam persekolahan iaitu Tadika dan sempena Hari Raya,TV9 menayangkan Upin dan Ipin pd hari raya pertama hingga raya keenam

Upin dan Ipin yg disiarkan oleh TV9 pd hari Jumaat hingga Ahad jam 7.00 mlm.Walaupun siarannya terlalu singkat iaitu 5 minit namun ceritanya memang lucu,kelakar dan menarik..