Friday, January 9, 2009

Present Projek Web

Subjek web Programming,ialah subjek baru yg diperkenalkan oleh Cosmopoint,muar pd tahun 2008 yg lepas,aku ambik subjek ini pada Sem 6 yg lepas lagi..masa tu lecturer yg mengajar aku ialah En zaki.Subjek ini tidak masuk dlm exam,cuma buat projek jer..dan subjek ini dijadikan subjek projek,Pada sem 6 nie..aku buat projek mengenai Syarikat Produk Komputer,dan aku buat borang tempahan produk bagi membolehkan pengguna mengisi maklumat tempahan produk komputer,dan menggunakan datagrid yg ada edit,delete dan update bagi menyimpan maklumat tempahan produk komputer yg diisi oleh pengguna,Hari yg ditunggu-tunggu telahpun tiba,iaitu hari present,untuk present projek web dihadapan lecturer IT bagi menilai present aku,pada page borang tempahan produk,ada masalah sedikit tentang simpan data di dalam datagrid,kerana maklumat tempahan produk yg diisi oleh pengguna tidak boleh disimpan di dalam datagrid,dan disitulah aku gagal dalam simpan data dan seterusnya gagal dalam present,pada present pada kali kedua juga gagal,kerana masalah simpan data kat datagrid dan error,maka keputusannya aku kena kelas repeat pada Sem 8,utk kelas repeat aku kena bayar RM 600 utk ambik Web Programming,inilah pertama kali aku kena kelas repeat,Pada kelas repeat,aku bersama budak2 junior yg ambik subjek programming,utk kelas repeat nie,lecturer yg mengajar ialah Miss Norazlin,tidak sampai satu sem,Miss Norazlin telah meninggalkan utk mengajar subjek web programming,kerana telah mendapat surat tawaran untuk sambung belajar dan diganti pula Puan Norazlin,Pada kelas repeat ini,aku buat projek mengenai Sistem Tempahan Tiket Bas secara individu,hari present telahpun tiba,aku kena present di hadapan lecturer IT dan lecturer yg lain pd sebelah ptg jam 2.00 ptg,giliran aku pulak utk present,pada page tempahan tiket,setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket,maklumat itu tadi akan dipaparkan pada page paparan tempahan tiket,bentuk paparan tempahan tiket sama seperti pada tempahan tiket cuma yg listbox ditukar pada textbox pada page paparan tempahan tiket,paparan maklumat yg masuk pd page tempahan tiket ialah Nama,NoKadPengenalan,NoTel,emel dan Alamat sahaja..maklumat lain tidak masuk pada page paparan tempahan tiket,lepas tu ada masalah link,tidak boleh nak link pada page yg lain,lagi satu,tak ada proses pengiraan,maka keputusan aku gagal dlm present dan diberi peluang sekali lagi utk present semula pd 6/1/09(Selasa).
Pada 6/1/09(Selasa),hari yg ditunggu-tunggu telahpun tiba,iaitu hari utk aku present semula projek yg gagal pada kali yg pertama pada hari tu..Pada present kali ini,aku ada kesalahan sedikit tentang projek ni...iaitu Destinasi tak ada pada tempahan tiket,dan proses pengiraan pada page lain,sepatutnya Destinasi dan proses pengiraan digabungkan pada tempahan tiket bagi memudahkan pengguna membuat pilihan destinasi dan pengiraan setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket tiket,dan keputusannya aku gagal dlm present pada kali kedua nie..dan lecturer suruh pegi jumpa puan pengetua utk present semula projek,puan pengetua sahaja yg menentukan samada lulus atau kena referral (ulang),selang beberapa hari,aku pegi jumpa puan pengetua lepas final exam di pejabat admin,aku present kat depan puan pengetua,aku berasa gugup dan gementar apabila present di depan Puan pengetua,namun perasaan gementar dan gugup tadi dpt hilang dgn kuatkan semangat utk present,dia telah melihat kesemua sistem tempahan tiket bas yg telah aku betulkan semula mana yg silap,termasuk pada page tempahan tiket serta proses pengiraan,setelah mengisi maklumat pada tempahan tiket,
maklumat tempahan tiket itu akan dipaparkan pada paparan tempahan tiket dan proses pengiraan akan keluar pada page paparan tempahan tiket apabila pengguna membuat pilihan pada destinasi dan pilihan bilangan penumpang dewasa dan bilangan penumpang kanak-kanak,dan paparan tempahan tiket boleh disimpan pada database,Masuk nie aku dah present 5 kali dah..dari Sem 6 lagi hinggalah kelas repeat,duit pun dah banyak guna utk subjek nie..Subjek ini memang susah sedikit kena ingat coding lagi,dan aku berharap keputusan present pada kali nie LULUS!!!,Sekian..

Saturday, December 6, 2008

Ucapan Hari Raya Aidiladha


Kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 8 Disember 2008 (Isnin) bersamaan 10 Zulhjijjah 1429 Hijrah kepada umat Islam di Malaysia dan jemaah haji terutamanya jemaah haji Malaysia supaya dpt menunaikan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur dan diberkati oleh Allah s.w.t.Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban mengingati kita peristiwa Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail yang akhirnya bertukar menjadi seekor kibas.Korban bukan setakat menyembelih binatang ternakan tetapi mempunyai maksud yang luas seperti pengorbanan ibubapa kita yang membesarkan,mendidik yang sanggup berkorban tenaga,berkorban masa,berkorban wang ringgit untuk melihat anaknya berjaya dalam hidup.Sekian..wasalam..

Friday, November 14, 2008

Peperiksaan Mid-Term

Pejam celik,pejam celik..dah masuk bulan 11 tahun 2008,Sem nie,Sem 8,aku ambik kelas repeat,Sem nie aku ambik 2 Subjek jer..iaitu Elementary Analysis (Mate) dan Web Programming,Sem 8 nie(bulan 9 hingga 12/2008).Pada bulan nie juga ada peperiksaan pertengahan (Mid Term) yg akan diadakan pada 8/11 (sabtu)hingga 9/11/08 (Ahad)dan 15/11 (sabtu)dan 16/11/08(ahad),aku ambik periksa hari Ahad jer..iaitu 16/11/08 ,1 Subjek jer masuk periksa,iaitu Elementary Analysis (mate) dan Subjek satu lagi tak masuk periksa kerana subjek tu hanya buat projek jer..periksa hari Ahad jam 2.00 hingga 3.30 ptg,
Segala usaha yg telah aku buat selama nie seperti buat latihan mate akan mendapat kejayaan dlm exam nanti..Insya Allah!!..Berserah jer kepada Tuhan dengan apa keputusan exam yg bakal aku terima nanti..sekian..

Thursday, October 30, 2008

Subjek-subjek yg pernah ambik sebelum nie..

Subjek-subjek yg pernah aku ambik sebelum nie kat Cosmopoint,Muar ialah:

Semester 1
1.Introduction to Computer and Application
2.PC Compentency
3.English Communication
Semester2
1.Business Organisation
2.Programming and Problem Solving Concept
3.Data Analysis and Database Design
4.Academic Reading and Writing 1
Semester 3
1.Fundamentals of Programming
2.Relational Database Management System
3.Networking Principles
4.Academic Reading and Writing 2
Semester 4
1.Object-Oriented Programming 1
2.Web Designing and Publishing
3.English For the Workplace
Semester 5
1.Entrepeneurship Studies
2.Object-Oriented Programming 2
3.Business Communication
4.Elementary Analysis (Mate)
Semester 6
1.Visual Programming
2.Business System Analysis
3.Web Programming
4.Business Mathematics
5.Islamic Studies
Semester 7
1.Information Services within Organization
2.Open Source Technology
3.System Design
4.Malaysian Studies
Sekarang -Semester 8 (kelas repeat)
1.Elementary Analysis
-gagal dlm peperiksaan referral (ulangan),dpt NC
2.Web Programming
-Subjek nie baru lagi dlm course IT
-2 kali gagal,dlm present project
-subjek nie,tak masuk dlm periksa,sama ada Mid Term exam dan Final exam,cuma buat
projek jer..

Wednesday, October 29, 2008

Lecturer IT dan Subjek berkaitan IT..

Antara Lecturer(pensyarah) IT yg mengajar kat Cosmopoint,Muar ialah:
1.En Mohd Zaki bin Mahmud
2.Pn Norazlin bt Hashim (Pn.Olin)
3.Pn Ronizam bt Ismail (Pn Zam)
4.Pn Rohaslinda bt Abdul Wahab (Pn.Linda)
5.Miss Norazlin bt Khalid (Miss Lin)
6.En Azmi
7.Pn Zakiah bt Boiran (Pn Zakiah)-kini,sambung belajar,peringkat master

Antara Subjek yang berkaitan IT ialah:
Subjek Programming
1.Programming and Problem Solving Concept
2.Fundamentals of Programming(Structured Programming)
3.Object-Oriented Programming 1 (Java)
4.Object-Oriented Programming 2 (C#)
5.Visual Programming (VB.Net)
6.Web Programming (ASP.net)
7.Open Source Technolgy(Php)

Subjek Programming,memang aku lemah dlm subjek ini,kena ingat coding ..pening kepala ambik subjek programming nie..

Subjek Database
-Pn Linda yg ajar subjek nie..
1.Data Analysis and Database Design
2.Relational Database Management System (SQL)

Subjek yg berkaitan ngan Sistem ialah:
1.Business System Analysis
2.Information Services within Organization
3.System Design

Sekarang nie(Sem 8),aku ambik Kelas repeat..Kalo tidak,Sem nie,dah ambik projek..habis nak buat macam mana,dah kena repeat kelas,berserah dan terima jer..

Sunday, October 26, 2008

Akhirnya Mawi kahwin dengan Ekin..



Setelah beberapa tahun menyulam kasih dan bercinta dengan Norashikin Rahmat atau(Ekin),akhirnya Asmawi Ani atau Mawi,juara AF musim ke-3 mengumumkan tarikh pernikahan mereka berdua pada 20 Disember 2008 setelah berahsia dengan pihak wartawan dan media tentang tarikh pernikahan mereka berdua..

Mawi yang mengikut jejak penyanyi,Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinan dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K.Mawi yang sebelum ini telah bertunang dengan negeri asalnya,Johor iaitu Nordiana Naim atau Ina Naim,setelah beberapa tahun bertunang,Mawi akhirnya putus tunang dengan Ina Naim.Mawi telah melalui peristiwa pahit dalam hidupnya,Secara kebetulan pula,Ekin adalah orang Johor jugak yg berasal dari Johor Bahru,Mawi yang juga anak Johor tinggal di tempat kelahirannya iaitu Felda Taib Andak,Kulai,Johor.

Mengumumkan perkara ini secara langsung menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses,Mawi berkata, majlis itu akan dimulai dengan upacara akad nikah di Masjid Johor Bahru pada sebelah pagi pada 20 Disember 2008.

Pada sebelah malam (20 Disember),majlis resepsi untuk keluarga sebelah Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Ia menonjolkan konsep moden kontemporari.

Pada 28 Disember, Ahad, majlis resepsi untuk keluarga sebelah Mawi pula akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak. Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses dalam tema Arabia

Selain itu, Mawi juga akan mengadakan konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF).

"Selamat Pengantin Baru" kepada Asmawi Ani dengan Norashikin Rahmat

Monday, October 13, 2008

Shah Rukh Khan dapat gelaran "Datuk"

Pada hari Sabtu yg lalu (11/10/08),Hari Jadi Yang Di Pertua Negeri Melaka,Bersempena Hari Jadi Keputeraan Yang Di Pertuan Negeri Melaka,Kerajaan negeri Melaka akan menganugerahkan gelaran "Datuk " kepada bintang bollywood terkenal Shah Rukh khan kerana sumbangannya dalam bidang seni serta memperkenalkan negeri Melaka ke peringkat antarabangsa melalui penggambaran filem beliau .jika anda tahu cerita nie.. daripada surat khabar lah..hari sabtu lepas..

Ada pihak berpendapat dan meluahkan rasa pelik dan hairan perlu mengetahui apakah asas dan kewajaran penganugerahaan Datuk kepada Shah Rukh Khan .Biasaannya setiap penganugerahan diberikan kepada individu yang banyak berjasa dan banyak menyumbang kepada pembangunan negara atau kepada tokoh-tokoh tertentu.

Ada pihak kata "Apa jasa Shah Rukh Khan kepada Malaysia dan negeri Melaka, kita nak tahu juga apa asasnya sehingga dia layak menerima anugerah tersebut"

Wajarkah Shah Rukh Khan di beri gelaran Datuk?...